SELAMAT HARI SUKARELAWAN SEDUNIA

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
7 December, 2023

Dalam setiap derap langkah seorang sukarelawan, ada jejak kebaikan dan kebahagian yang menyentuh hati dan jiwa insan lain.

Membawa sinar.

Menyerikan wajah.

Membahagiakan jiwa.

Itulah kuasa seorang sukarelawan.

Firman Allah;

... ۘوَتَعَاوَنُوا۟ عَلَى ٱلْبِرِّ وَٱلتَّقْوَىٰ ۖ وَلَا تَعَاوَنُوا۟ عَلَى ٱلْإِثْمِ وَٱلْعُدْوَٰنِ ۚ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ ۖ إِنَّ ٱللَّهَ شَدِيدُ ٱلْعِقَابِ

Maksudnya :.. Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya).

(Surah Al-Maidah : 2)

Muslim Care Malaysia -(MCM) mengucapkan jutaan terima kaish kepada semua Heroes MCM yang sentiasa bersedia dan berdedikasi dalam setiap misi yang dianjurkan. Bahkan mereka juga kini menjadi mata rantai perjuangan mencari insan untuk dibantu.

لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِٱللَّٰهِ

Semoga diberikan kebaikan yang tidak putus dan diganjarkan dengan mahligai yang indah di syurga nanti buat semua sukarelawan yang baik hati dan budiman.

Amin.

Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia.

Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan.

Tepat pada waktunya.

Tepat pada sasaran.


© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia