SELAMAT HARI KEMERDEKAAN YANG KE-67

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
8 September, 2024

Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:

يٰعِبَا دِيَ الَّذِيْنَ اٰمَنُوْۤا اِنَّ اَرْضِيْ وَا سِعَةٌ فَاِ يَّايَ فَا عْبُدُوْنِ

Maksudnya : "Wahai hamba-hamba-Ku yang beriman! Sesungguhnya bumi-Ku adalah luas (untuk kamu bebas beribadat); oleh itu, (di mana sahaja kamu dapat berbuat demikian) maka hendaklah kamu ikhlaskan ibadat kamu kepada-Ku."

(Surah Al-'Ankabut : 56)

Bebas seringkali dikaitkan dengan keupayaan untuk berbuat apa sahaja yang dikehendaki. Namun hakikatnya, bebas ialah mampu melakukan apa yang seharusnya kita sebagai hamba-Nya dan khalifah di muka bumi ini lakukan.

Biarlah ujian mahupun dugaan apa pun yang hadir, tetap dikuatkan iman dan dikukuhkan pegangan untuk memastikan tanggungjawab dan kewajipan terus dilaksanakan sebaiknya.

Jalur Gemilang bendera negara,

Tanda Malaysia negara merdeka,

Sambutan kemerdekaan besar ertinya,

Jangan dinodai dengan dosa dan noda.

Jika pendirian untuk sentiasa bebas dari belenggu kegelapan dipegang, pasti keamanan dan kesejahteraan negara kita, Malaysia akan mampu terus dipertahankan dan dikukuhkan.

Selamat Hari Kemerdekaan Ke-67 Malaysia. Terus bersama kita pertahankan kemerdekaan ini.

Dari seluruh warga

Muslim Care Malaysia.

Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan,

Tepat pada waktunya.

Tepat pada sasaran.


© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia