SEKOLAH SEMENTARA BUAT ANAK GAZA (VIDEO)

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
11 February, 2026

Di tengah runtuhan dan deru peperangan, harapan tetap hidup.

Bersama Muslim Care Malaysia Society, sebuah sekolah lapangan sedang dibina untuk anak-anak Gaza menggunakan khemah sementara, namun sarat dengan impian masa depan.

Dengan komitmen dan pengorbanan, Abu Ayesh, Pengerusi Muslim Care Malaysia-Palestin, bersama pasukan sukarelawan giat membangunkan ruang pembelajaran ini hasil sumbangan rakyat Malaysia yang prihatin.

Kegembiraan jelas terpancar di wajah anak-anak Gaza apabila mengetahui sekolah akan dibina di kawasan penempatan mereka. Mereka rindu belajar, rindu berkawan, rindu suasana kelas dan kini, harapan itu kembali menyala.

Walaupun hampir 90% sekolah di Gaza musnah, semangat anak-anak ini tidak pernah hancur. Mereka tetap mahu belajar, bermimpi, dan membina masa depan.

Setinggi-tinggi kesyukuran diucapkan kepada Muslim Care Malaysia dan seluruh rakyat Malaysia.

Setiap sumbangan anda adalah cahaya ilmu menerangi langkah anak-anak Gaza menuju esok yang lebih bermakna.

Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia

Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan

Tepat Pada Waktunya, Tepat Pada Sasaran



© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia