SEKELUARGA MUALLAF BERHIMPITAN DEMI KELANGSUNGAN HIDUP

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
24 July, 2023
Terkesima sekejap kami ketika dibawa menziarahi sebuah rumah di kaki bukit Kundasang Lama milik En. Jani.
"Memang susah tinggal di rumah kecil sedangkan keluarga kita besar. Tapi apakan daya, ini sahaja kemampuan saya," luah En. Jani sambil tersenyum ketika menggambarkan kepada kami mereka tidur berhimpit bagaikan anak kucing tidur di sekeliling ibu kucing.
En. Jani baru sahaja memeluk Islam bersama 13 orang keluarganya yang lain sejak 7 bulan lepas.
Mereka 16 orang sekeluarga bersama cucu-cucu, semuanya tinggal berhimpit di rumah kecil dengan 1 bilik yang dibinanya sendiri. Tak dapat kami bayangkan bagaimana mereka semua berhimpit setiap malam di dalam rumah kecil ini.
Namun, setenang pemandangan permai di sekeliling rumahnya, sejernih itulah wajah En. Jani. Tidak pernah lekang dari wajahnya senyuman ketika disantuni kami walau secara zahirnya jelas terpamer kesusahan hidupnya.
Muslim Care Malaysia (MCM) akan mengusahakan sebuah rumah 4 bilik untuk memudahkan mereka beribadah kepada Allah serta demi keselesaan anak-anak mereka yang masih sedang membesar. Kos yang diperlukan dianggarkan sebanyak RM120K.
Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertakwalah kepada Allah kerana sesungguhnya Allah maha berat azab seksa-Nya (bagi sesiapa yang melanggar perintah-Nya).” (Surah al-Ma’idah : 2)
Marilah bersama kami MCM, kita bantu En. Jani sekeluarga melalui pautan ini
Kebajikan muallaf adalah tanggungjawab kita semua. Bahkan muallaf merupakan salah satu daripada asnaf yang disebut oleh Allah Taala di dalam Al-Quran yang layak untuk menerima zakat.
Mudah-mudahan setiap jariah dan sumbangan yang dihulurkan akan menjadi saham akhirat yang berpanjangan buat semua penyumbang yang budiman.
Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia.
Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan,
Tepat pada sasaran.
Tepat pada waktunya.
 
© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia