SEHELAI RIDA’, SEUNTAI TASBIH DAN SEGUNUNG SABAR.. (VIDEO)

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
13 April, 2024

Dua puluh satu pelajar Madrasah Miftar Ulum As-Sobirin di Kampung Sosondoton, Ranau, Sabah menjadi penerima paling istimewa dalam siri jelajah Semarak Kasih Ramadan (SKR) Muslim Care Malaysia (MCM) pada tahun ini.

Selain tajaan iftar dan sumbangan duit raya RM20 seorang, mereka turut diberi sehelai rida’ atau kain selempang, seuntai tasbih dan satu botol kecil minyak wangi.

Hadiah istimewa itu adalah sumbangan Persatuan Kakitangan Islam Maybank (PKIMB) yang menjadi rakan kolaborasi MCM dalam jelajah SKR pada 4 hingga 7 April 2024.

“Bagaimanpun, apalah sangat pemberian kami berbanding mujahadah dan tahap kesabaran tinggi 21 pelajar itu dalam menuntut ilmu Islam di tempat terpencil ini,” kata Timbalan Presiden MCM, Tuan Haji Mohd Johari Ismail yang juga Pengerusi PKIMB.

Madrasah Miftar Ulum As-Sobirin terletak jauh di kawasan pedalaman yang hanya boleh dimasuki dengan kenderaan pacuan empat roda, namun dikelilingi pemandangan banjaran Gunung Kinabalu yang sangat indah.

Pengerusi madrasah, Ustaz Junaidi Sabirin mengucapkan jutaan terima kasih kepada MCM dan PKIMB atas segala sumbangan yang diberikan.



© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia