SEGUNUNG HARAPAN DARI MABUL

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
14 July, 2025

Selama hampir 3 tahun, Projek Madrasah Terapung dilaksanakan demi satu tujuan iaitu memberi peluang pendidikan kepada anak-anak Bajau Laut di Mabul, Semporna Sabah yang selama ini terpinggir dari arus pendidikan formal.

Muslim Care Malaysia (MCM) bersama IPG Kampus Tawau sekali lagi hadir ke bangunan BPMB, membawa laporan penuh perjalanan madrasah ini yang bermula sejak 2023 sehingga hari ini menjadi pusat ilmu yang membina akidah dan sahsiah buat masyarakat Bajau Laut di situ.

Ratusan ribu ringgit telah digunakan. Namun lebih besar dari itu, adalah nilai perubahan yang berlaku dalam hidup mereka. Dari buta huruf kepada kenal Iqra’. Dari gelap ilmu kepada kehidupan yang bercahaya penuh harapan.

Pada 10 Julai 2025, MCM bukan sekadar membentang laporan tetapi juga membentang harapan.

Agar lebih ramai sudi menyambung tajaan.

Agar cahaya ilmu ini tidak padam di tengah lautan.

“Barangsiapa yang menunjukkan kepada kebaikan, maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.”

(Hadith Riwayat Muslim)

Kami percaya, usaha kecil ini akan terus menjadi bekalan besar buat semua yang terlibat.

Dari Mabul, kami bawa harapan dan kami yakin, ramai yang sudi menyambutnya.

Insya-Allah.

Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia.

Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan.

Tepat Pada Masa.

Tepat Pada Sasaran.


© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia