"SAYA KE MASJID, ANDA JUGA DAPAT PAHALA”

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
11 November, 2026

“Alhamdulillah...terima kasih atas sumbangan skuter elektrik ini. Semoga penyumbang semua turut Allah berikan pahala setiap kali saya guna skuter ini untuk ke masjid.”

Demikian kata Sharul Hafiz Haji Safar, selepas menerima skuter roda tiga elektrik daripada Muslim Care Malaysia (MCM) di rumahnya di Kampung Cempedak, Kuang, Selangor pada 3 November 2026.

Serahan skuter itu dilakukan oleh Timbalan Presiden MCM, Mohd Johari Ismail, Hadir sama, Setiausaha Agung MCM, Ahmad Safuan Ujar dan Bendahari Agung MCM, Ustaz Ahmad Shukri Ismail.

Shahrul Hafiz yang berusia 40 tahun, mengalami kecacatan kaki sejak kecil, menyebabkan dia tidak mampu berjalan jauh, malah memerlukan tongkat untuk berdiri.

Sebelum ini, dia memiliki sebuah skuter elektrik untuk melakukan aktiviti harian, namun ia terbakar dalam kebakaran kedai motosikal selepas dihantar ke kedai itu untuk dibaik pulih.

Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan

Tepat Pada Waktunya Tepat Pada Sasaran

Ingat Sedekah Jariah

Ingat Muslim Care Malaysia

© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia