SATU MEJA UNTUK UMMAH

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
21 July, 2025

Muslim Care Malaysia (MCM) diberi ruang duduk semeja bersama tokoh-tokoh NGO Islam lain dalam Perbincangan Meja Bulat Pengurusan Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan anjuran Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) pada 17 Julai 2025.

Presiden MCM, Tuan Haji Zulkifli Wahijan turut hadir menyuarakan pandangan dan berkongsi pengalaman sepanjang 20 tahun penglibatan MCM dalam dunia kebajikan dan kemanusiaan.

Sesi seharian penuh yang berlangsung di Hotel Mardhiyah, Shah Alam ini menjadi medan memperkukuh sinergi, memperkemas pengurusan NGO Islam, dan meneliti jalan terbaik menyantuni ummah secara lebih berkesan dan berstrategi.

Semoga pertemuan ini menjadi pemangkin kepada gerakan NGO Islam yang lebih tersusun, telus dan berimpak tinggi, demi kemaslahatan umat.

Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia.

Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan.

Tepat Pada Waktu.

Tepat Pada Sasaran.


© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia