SAMBUTAN UPIN & IPIN DI CIANJUR, LUAR BIASA.

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
7 February, 2023
Bagaikan terubat penat lelah kami melihat sambutan yang sangat luar biasa.
Ternyata usaha Muslim Care Malaysia (MCM) menerbangkan Upin & Ipin ke Cianjur suatu perkara yang sangat bermakna buat kami juga anak-anak di Cianjur.
"Anak-anak masih trauma. Apabila melangkah masuk ke rumah semula, mereka jadi takut dan teringat semula peristiwa gempa," luah salah seorang ibu yang kami temui. Beliau sangat berterima kasih dan bersyukur dengan kesudian Upin & Ipin hadir ke Cianjur demi mengubat trauma anak-anak di sini.
Lebih daripada 1000 buah buku aktiviti Upin Ipin, 600 set kad permainan dan 300 set alat tulis, 240 keping 'button badge' dan 600 keping stiker Upin & Ipin telah dibawa bersama dalam rombongan kali ini untuk dihadiahkan kepada anak-anak di Cianjur.
Dalam usaha untuk menyantuni seramai mungkin anak-anak yang masih trauma, sebanyak tiga lokasi telah ditetapkan dan disinggahi Upin & Ipin iaitu Camp Lapangan Cariu, Camp Lapangan Cibulakan serta Camp DU SAF di Cipaku Show Minggu.
MCM sangat berterima kasih kepada rakan kerjasama kami yang turut bersemangat dna bersungguh-sungguh dalam misi menggembirakan anak-anak di sini iaitu Les' Copaque Production Sdn. Bhd.,NGO Qudwah Indonesia, NGO Yakesma, NGO RZ, NGO BM3 dan NGO Kita Peduli.
Semoga lebih banyak kerjasama akan terus terjalin dalam usaha membantu mereka yang memerlukan.
Jutaan terima kasih juga buat semua yang prihatin dan bermurah hati dan selalu menyumbang melalui Muslim Care Malaysia.
Mudah-mudahan setiap usaha dan amal kita diterima Allah sebagai ibadah dan digantikan dengan mahligai yang indah di syurga nanti.
Amin.
Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia.
Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan,
Tepat pada sasaran.
Tepat pada waktunya.
#muslimcaremalaysia
#bantuankemanusiaanmerentasisempadan
© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia