SAMBUT AWAL MUHARAM 1445 DENGAN KEBAJIKAN

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
24 July, 2023
Awal Muharram 1445 disambut dengan menggembirakan sebahagian dari mereka yang memerlukan. Antara yang disantuni adalah seorang pelajar pintar yang akan melanjutkan pengajian ke Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
Beliau yang tinggal di Kg. Kubang Jawi, Kuala Kedah.baru kehilangan ayah akibat terlibat dalam kemalangan. Muslim Care Malaysia Society telah menyampaikan bantuan berupa sebuah komputer riba.
Turut disantuni 2 orang warga emas yang memerlukan kerusi roda. Ternyata dengan bantuan yang dihulurkan telah meringankan bebanan keluarga mereka dalam menguruskan rutin harian warga emas ini.
Semoga dengan sedikit bantuan ini bukan sekar bermanfaat kepada penerima bantuan tetapi juga kepada seluruh penyumbang yang tanpa henti menghulurkan sumbangan untuk menjayakan misi-misi kebajikan.
Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia.
Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan.
Tepat pada sasaran.
Tepat pada waktunya.
 
© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia