SALAAM RADIO DI MANILA BANTU MCM PROMOSI BINA PUSAT ISLAM MANDALUYONG
Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
12 August, 2026
Salaam Radio, sebuah saluran radio Filipina yang audiennya adalah umat Islam di negara itu turut membantu usaha mempromosi pembinaan Pusat Islam di Mandaluyong, Manila yang sedang diusahakan oleh Muslim Care Malaysia (MCM).
Selama satu jam, bermula jam 7 malam pada 6 Ogos 2026, tiga wakil MCM yang kini dalam sesi lawatan kerja ke Manila, dijemput menjadi tetamu di konti Salaam Radio bersama deejay, Nords Maguindanao.
Mereka ialah Presiden MCM, Haji Zulkifli Wahijan, Setiausaha Agung, Ahmad Safuan Ujar dan Duta MCM, Profesor Dr Mohd Mizan Aslam.
Turut serta ialah pentadbir Masjid al-Ikhlas Mandaluyong, Ustaz Abdul Fahad Ibrahim yang memainkan peranan penting dalam membantu MCM membina Pusat Islam Mandaluyong.
Semua mereka memanfaatkan sesi wawancara dengan memberi penerangan panjang lebar mengenai pembinaan Pusat Islam Mandaluyong yang memakan kos lebih RM6 juta dan turut memerlukan sokongan kewangan daripada penduduk Islam Filipina, khususnya sekitar Manila.