RUMAH NGAJI NUR IMAN MULA BEROPERASI

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
19 June, 2023
Seawal pagi lagi ramai sudah hadir ke Rumah Ngaji Nur Iman di FELCRA Sekijang, Segamat Johor bagi mendaftarkan anak-anak mereka di sini. Bahkan penduduk setempat yang terdiri daripada orang dewasa dan warga emas turut tidak mahu ketinggalan mendaftarkan diri sendiri.
Subhanallah! Besar ganjaran pahala buat semua penyumbang yang telah membantu menjayakan penubuhan Rumah Ngaji ini. Mudah-mudahan bumi Sekijang ini akan terus subur dengan ilmu agama dan nilai Islam. Insya-Allah.
Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia.
Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan,
Tepat pada sasaran.
Tepat pada waktunya.
 
 
© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia