RUMAH BERSUSUN BALDI MENADAH AIR

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
16 August, 2023

Sayu hati melihat keadaan rumah Makcik Jamilah yang agak teruk keadaannya. Di sana sini berlubang dan bocor setiap kali hujan.

Penuh ruang lantai bersusun bekas dan baldi untuk menadah air hujan yang masuk di celahan lubang bumbung rumahnya. Malahan ada sebahagian ruang rumahnya sudah tidak bersiling dan hanya beralaskan kain.

Muslim Care Malaysia (MCM) diketuai Tuan Johari Ismail, Timbalan Presiden MCM telah menziarahi keluarga ini yang terletak di Bukit Rambai, Melaka pada13 Ogos 2023.

Sangat menyedihkan apabila mengetahui bahawa hidup mereka hanya cukup-cukup makan dan tidak mampu untuk menyimpan untuk kecemasan. Apatah lagi untuk membaiki bumbung yang sudah lama berlubang di sana-sini itu.

Insya-Allah, Muslim Care Malaysia akan mengusahakan bantuan untuk membina semula bumbung rumah ini. Semoga nanti dengan adanya bumbung baharu, akan lebih menjadikan ruang rumah Makcik Jamilah lebih bersih dan selesa untuk beribadah.

Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia.

Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan.

Tepat pada sasaran.

Tepat pada waktunya.



© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia