RUMAH BARU UNTUK TOK SIAK

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
27 July, 2023

Bahagia rasa hati melihat progress rumah Home2Live untuk Siak Hadi di Kuala Ketil, Kedah yang semakin menampakkan rupa. Ini semua hasil sumbangan Tuan/Puan sekalian melalui kutipan dana yang Muslim Care Malaysia (MCM) buka sebelum ini.

Orang yang berbuat baik disayangi Allah SWT sebagaimana firman-Nya yang bermaksud:

"Dan belanjakanlah (apa yang ada pada kamu) kerana (menegakkan) agama Allah dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil); dan baikilah (dengan sebaik-baiknya segala usaha dan) perbuatan kamu; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berbuat baik (berusaha memperbaiki amalannya)." (Surah Al-Baqarah : 195)

Mudah-mudahan dengan adanya rumah yang lebih selesa untuk didiami ini nanti akan lebih memberi ruang buat Hadi dan keluarga untuk melakukan aktiviti harian dan beribadah dengan lebih baik.

Jutaan terima kasih kepada semua penyumbang yang baik hati dan selalu menyumbang melalui MCM. Semoga setiap jariah yang disumbangkan akan menjadi saham akhirat yang berpanjangan buat semua.

Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia.

Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan.

Tepat pada sasaran.

Tepat pada waktunya.


© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia