RM90,000 UNTUK PUSAT TAHFIZ AD DINIYYAH

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
15 June, 2023

Sejumlah RM90,000 berjaya dikumpulkan hasil sumbangan orang ramai untuk pembinaan dewan makan, Pusat Tahfiz Ad Diniyyah, Bandar Baru Selayang, Fasa 2A, Batu Caves, Selangor.

Penyerahan wang sumbangan itu disempurnakan oleh Presiden Muslim Care Malaysia (MCM) Tuan Haji Zulkifli Wahijan kepada Mudir Pusat Tahfiz Ad Diniyyah, Ustaz Fazal Haizad Mohamad Norawi, pada 8 Jun lalu.

“Kepada yang memberi sumbangan, pelaburan tuan-tuan ini amat memberi makna dan insyaAllah dapat membantu tuan-tuan di akhirat kelak.

“Bayangkan setiap kali anak tahfiz Ad Diniyyah seramai 30 orang ini membaca al-Quran, anda akan turut mendapat pahala kerana infak yang anda salurkan kepada mereka,” kata Haji Zulkifli.

Beliau meminta, orang ramai terus memberi sumbangan kerana jumlah yang dikumpul setakat ini masih jauh daripada sasaran sebanyak RM200,000 untuk menamoung kos pembinaan dewan makan pusat tahfiz itu.

Sementara itu, Ustaz Fazal Haizad mengucapkan jutaan terima kasih, mudah-mudahan amal jariah dan mendapat pahala berterusan daripada Allah SWT.

 

 

© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia