RM52,500 UNTUK SRIA, BALIK PULAU

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
8 June, 2023
Dua bulan selepas rayuan sumbangan diuar-uarkan, Alhamdulillah sejumlah RM52,500 berjaya dikumpulkan dan diserahkan kepada Sekolah Rendah Islam Al Ansar (SRIA), Balik Pulau, Pulau Pinang.
Sumbangan diserahkan Presiden Muslim Care Malaysia (MCM), Tuan Haji Zulkifli Wahijan kepada Pengerusi SRIA Ustaz Muhammad Fauzi Yusoff pada 4 Jun 2023.
Zulkifli berkata, publisiti untuk mendapatkan sumbangan orang ramai bagi membaik pulih dan membina bangunan baru SRIA digerakkan MCM menerusi media sosial bermula 6 April lalu.
“Alhamdulillah, dalam masa lebih kurang dua bulan kita dapat kumpul RM52,500. Terima kasih kepada semua penyumbang. Semoga Allah memberi ganjaran sebaik-baiknya kepada anda semua,” katanya.
Bagaimanapun, katanya, jumlah yang diperoleh itu belum mencukupi untuk pembinaan bangunan baru SRIA yang jumlah keseluruhannya RM350,000.
“Oleh itu,insyaAllah kita akan melancarkan kempen kutipan fasa dua dalam masa terdekat untuk terus membantu SRIA,” kata Zulkifli.
Sementara itu, Ustaz Muhammad Fauzi bersyukur kepada Allah SWT di atas sumbangan yang diterima, serta mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada semua penyumbang.
“Saya doakan anda semua mendapat pahala berterusan daripada Allah SWT…insyaAllah,” katanya.
Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia.
Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan,
Tepat pada sasaran, tepat pada waktunya.
 
© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia