RM42,762 DARIPADA PAPISMA UNTUK WAKAF PERKAMPUNGAN MUALAF KEMBOJA

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
24 August, 2026

Alhamdulillah, pada 17 Ogos 2026, Muslim Care Malaysia (MCM) menerima kunjungan daripada PAPISMA di MCM Centre bagi sesi penyerahan sumbangan berjumlah RM42,762 untuk Wakaf Perkampungan Mualaf Kemboja.

Sumbangan tersebut diterima oleh Haji Zulkifli Wahijan, Presiden MCM, mewakili Muslim Care Malaysia.

Sumbangan ini diharap dapat membantu menjayakan pembangunan Wakaf Perkampungan Mualaf Kemboja serta memberi manfaat berpanjangan kepada komuniti mualaf dan masyarakat setempat.

Semoga setiap sumbangan yang diberikan menjadi amal jariah yang berterusan serta dikurniakan ganjaran berlipat ganda oleh Allah SWT.

© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia