RM30,000 UNTUK GAZA SUMBANGAN MASJID LANGGAR
Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
23 November, 2025
Sejumlah RM30,000 disumbangkan oleh jemaah Masjid Jamek D’Raja Long Yunus, Langgar, Kota Bharu, Kelantan kepada Muslim Care Malaysia (MCM) untuk tabung Palestin Bahu Untuk Gaza.
Sumbangan diserahkan kepada Timbalan Presiden MCM, Mohd Johari Ismail selepas sesi ceramah beliau mengenai isu terkini Palestin di masjid itu pada 17 November 2025.
Sesi ceramah itu sebahagian daripada program “Jaulah Bahu Untuk Gaza” selama dua hari iaitu 17 dan 18 November membabitkan lapan masjid di Kelantan.
Selain Mohd Johari, empat lagi pemimpin pengurusan MCM yang terbabit dalam pengisian jaulah itu ialah Presiden Tuan Hj Zulkifli Wahijan; Setiausaha Agung Ahmad Safuan Ujar; Bendahari Ustaz Ahmad Shukri Ismail dan Pengarah Media Tuan Asri Tuan Hussein.
Selepas selesai jaulah di Terengganu, sesi perkongsian mengenai isu terkini di Palestin dijadual bersambung pula di Besut, Terengganu membabitkan lima masjid pada 19 November 2025.
Teruskan menyumbang untuk membantu rakyat Palestin.
Muslim Care Malaysia Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan, Tepat Pada Waktunya Tepat Pada Sasaran.