RM171,270 UNTUK SAUDARA BARU DI KEMBOJA

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
29 July, 2025

Alhamdulillah, misi kemanusiaan Muslim Care Malaysia (MCM) ke Phum Thmey, Kemboja telah menyaksikan detik bersejarah apabila sebanyak RM171,270 disalurkan bagi membantu saudara seakidah kita dalam pelbagai bentuk bantuan.

Antara sorotan utama misi ini ialah perasmian Rumah Mualaf Phum Thmey, sebuah bangunan dua bilik berkeluasan 112 meter persegi, dibina dengan kos USD27,232 (RM160,000). Rumah ini bukan hanya tempat berteduh, malah bakal berfungsi sebagai pusat bimbingan akidah dan pendidikan Islam buat saudara baru yang baru melafazkan syahadah.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Presiden MCM, Tuan Haji Zulkifli Wahijan, diiringi Penasihat MCM, Dato’ Seri Dr Hj Zulkifli Mohamad Al-Bakri, bersama delegasi dari Malaysia dan turut dihadiri oleh pimpinan tempatan serta Duta Besar Malaysia ke Kemboja.

Misi ini turut menyampaikan bantuan berikut:

✅ Bantuan muallaf kepada 100 penerima – RM4,300

✅ Jamuan muallaf – RM3,870

✅ Bantuan pelajar – RM1,800

✅ Kain kafan untuk masyarakat – RM1,300

JUMLAH BESAR KESELURUHAN: RM171,270

Setiap ringgit yang disumbang oleh rakyat Malaysia melalui MCM telah diterjemahkan menjadi tempat tinggal, hidangan, pakaian terakhir dan ilmu buat saudara-saudara kita di sana.

Terima kasih kepada semua penyumbang yang setia bersama kami. Doakan agar usaha kecil ini menjadi asbab hidayah yang terus tersebar, dan amal jariah yang terus mengalir tanpa henti.

Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia.

Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan.

Tepat Pada Masa.

Tepat Pada Sasaran.


© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia