RM138,165 DISERAHKAN UNTUK BINA SURAU SK GUM GUM (VIDEO)

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
3 May, 2025

Surau yang menjadi idaman murid Sekolah Kebangsaan (SK) Batu 16 Gum Gum, Sandakan Sabah bakal menjadi realiti tidak lama lagi apabila wang untuk membinanya berjaya dikumpulkan oleh Muslim Care Malaysia (MCM) hasil sumbangan orang ramai.

Majlis serahan replika cek sumbangan berjumlah RM138,165 berlangsung dalam suasana ringkas tapi penuh bermakna di sekolah itu pada 1 Mei 2025.

Serahan dilakukan oleh Timbalan Presiden MCM, Mohd Johari Ismail kepada Pengetua SK Batu 16 Gum Gum, Cikgu Sofia Mohd Talib..

Cikgu Sofia berkata, pihaknya berasa amat terharu dan bersyukur dengan sumbangan wang untuk pembinaan surau sekolah itu kerana sebelum ini merekai mana u

agak buntu untuk mencari dana bagi menampung kos pembinaan.

"Sudah lama kami erhasrat untum membina surau sekolah tapi tidak tahu daripada mana untuk mencari sumber kewangan. Alhamdulillah, Allah SWT menghantar Muslim Care Malaysia untuk membantu kami," katanya.





© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia