RM130,000 DARIPADA MCM UNTUK KAMUS BRAILLE

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
28 May, 2024

"Pendidikan merupakan bidang yang diambil berat oleh Muslim Care Malaysia sesuai dengan visi yang dibawa. Tidak diketepikan pendidikan kepada orang kurang upaya (OKU) penglihatan."

Demikian kata Presiden Muslim Care Malaysia, Tuan Haji Zulkifli Wahijan pada Majlis Perasmian Kamus Braille Inggeris-Melayu pertama di Malaysia dan Dunia pada 25 Mei 2024.

Perasmian disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor (Kolaborasi), City University Malaysia, Prof Datuk Dr Yasmin Hussain.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Orang Buta Malaysia, Silatul Rahim Dahman serta Ketua Panel dan Penolong Pengarah Unit Khas Ketidakupayaan Penglihatan, Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Muhammad Aizuddin Abd Ghani.

Muslim Care Malaysia berkerjasama dengan Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia, Yayasan Orang Buta Malaysia dengan tajaan dana sebanyak RM130,000 untuk menjayakan penerbitan kamus ini.

Kamus Braille ini dijangka siap sepenuhnya pada hujung tahun depan dan bakal diedarkan ke Sekolah Pendidikan Khas serta Institut Pengajian Tinggi


© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia