
RM1.25 JUTA DARIPADA MCM UNTUK FASA 1 MASJID WAKAYAMA
Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
9 December, 2024
“Alhamdulillah, urusan pembelian tanah bernilai RM2.5 juta telah selesai iaitu untuk tanah seluas 3,000 kaki persegi,” gembira Tuan Zulkarnain Hassan Basri,pengasas Japan Da’wah Centre menyampaikan.
Muslim Care Malaysia (MCM) diwakili dua duta MCM, Ustaz Dr Azahar Yaakub dan Ustazah Datuk Dr Norhafizah Musa telah hadir ke Wakayama, Jepun dan menyerahkan RM 1.25 Juta dana untuk pembinaan Masjid Wakayama.
Berbaki RM 600 ribu lagi diperlukan bagi menyiapkan sekurang-kurangnya satu tingkat masjid ini.
Mengikut pelan, masjid ini akan dibina setinggi 5 tingkat lengkap dengan pelbagai fasiliti.
Pembangunan dijangka akan bermula awal tahun 2025 insya-Allah.
Wakaf untuk pembinaan masjid ini masih boleh disalurkan melalui pautan ini
https://muslimcaremalaysiasociety.com/.../dana-pembinaan...
Mudah-mudahan dengan terbinanya masjid ini di bumi Wakayama akan menaikkan izzah Islam di Jepun serta menjadi saham akhirat yang menyenangkan buat semua penyumbang budiman.
Teruskan bersama Muslim Care Malaysia. Bantuan kemanusiaan merentasi sempadan.