RM111,400 KEPADA PALESTIN DARI SYARIKAT INGRESS SDN BHD

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
12 November, 2023

Allahuakbar!

Bergema laungan takbir di perkarangan syarikat Ingress AOI Technologies Sdn Bhd. & Ingress Technologies Sdn Bhd diketuai Ustaz Nazmi Karim, Exco Dakwah Muslim Care Malaysia (MCM).

Sebanyak RM111, 400 berjaya dikumpulkan oleh syarikat Ingress Bukit Beruntung dan Ingress Serendah khusus untuk didermakan kepada perjuangan Palestin.

Alhamdulillah.

عن زيد بن خالد الجهني رضي الله عنه مرفوعاً:

مَنْ جَهَّز غَازِياً فِي سَبِيلِ الله فَقَد غَزَا، وَمَنْ خَلَّف غَازِياً في أهلِه بخَير فقَد غزَا.

Dari Zaid bin Khālid Al-Juhani r.a berkata ; “Barangsiapa yang mempersiapkan seseorang untuk berperang, maka dia benar-benar telah mendapat pahala seperti pergi berperang. Barangsiapa yang menjaga dan memelihara keluarga orang yang pergi berperang dengan baik, maka dia juga benar-benar telah mendapat pahala pergi berperang.”

(Hadith Bukhari, Muslim, Abu Dauid, Turmizi & Nasa’i)

Semoga Allah memberkati Dato' Rameli Musa serta seluruh warga Ingress, dihadiahkan mahligai yang indah di syurga nanti dan dimajukan lagi perusahaan mereka.

Amin.

Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia.

Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan.

Tepat Pada Masanya.

Tepat Pada Sasaran.


© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia