REZEKI TIDAK SEINDAH ALAM

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
15 July, 2023
Keindahan Pulau Tinggi di Mersing, Johor sering memukau pengunjung namun agak menyedihkan kerana kehidupan 53 keluarga nelayan di situ tidak seindah alam semula jadinya.
Mengikut Laporan Inovasi Sosial Ekonomi Nelayan Mersing 2019, majoriti daripada mereka berpendapatan di bawah garis kemiskinan iaitu kurang daripada RM2,300 sebulan.
Insya-Allah dalam masa terdekat, Muslim Care Malaysia akan menyantuni penduduk di perkampungan nelayan di Pulau Tinggi, yang mengikut catatan sejarah pernah menjadi tempat Hang Tuah berlindung ketika diserang lanun suatu ketika dahulu.
Untuk itu, sejumlah RM25,000 diperlukan untuk penyerahan bantuan pek makanan asas, set ibadah, set beg sekolah kepada 53 buah keluarga asnaf yang memerlukan.
Marilah bersama kami, kita berkongsi rezeki melalui pautan ini
وَلْتَكُن مِّنكُمْ أُمَّةٌۭ يَدْعُونَ إِلَى ٱلْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِٱلْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ ٱلْمُنكَرِ ۚ وَأُو۟لَـٰٓئِكَ هُمُ ٱلْمُفْلِحُونَ
Maksudnya : Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.
(Surah Al Imran : 104)
Semoga dengan jariah dan derma yang disumbangkan akan menjadi saham akhirat yang berpanjangan buat semua penyumbang.
Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia.
Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan.
Tepat pada sasaran.
Tepat pada waktunya.
 
© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia