REZEKI SAMPAI KE KARAMBUNAI

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
20 August, 2025

Di Kg. Wak Wak, Karambunai, 50 keluarga asnaf dan fakir miskin tersenyum apabila menerima bakul makanan bernilai RM100 yang dipenuhi beras 10kg serta keperluan asas dapur.

Bagi mereka, bakul ini bukan sekadar barangan dapur, ia adalah tanda kasih dari saudara seiman yang jauh, bukti bahawa masih ada yang peduli.

“Barangsiapa memberi makan seorang mukmin hingga membuatnya kenyang, maka Allah akan memasukkannya ke dalam salah satu pintu syurga tanpa hisab.”

(Hadith Riwayat Thabrani)

Terima kasih kepada semua penyumpang yang telah bersama-sama menjayakan program kali ini. Semoga sumbangan kecil ini menjadi penawar kegusaran rezeki, dan moga Allah memberkati setiap tangan yang memberi.

Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia.

Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan.

Tepat Pada Masa.

Tepat Pada Sasaran.


© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia