RAKYAT SYRIA SELONGKAR SAMPAH TENTERA AS CARI SISA MAKANAN
Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
7 February, 2023
DAMASCUS – Rakyat Syria yang hidup dalam keadaan serba kekurangan terpaksa menyelongkar sampah-sarap dari tempat pembuangan sampah tentera Amerika Syarikat (AS) kerana tidak mampu membeli makanan, lapor akhbar Daily Mirror kelmarin.
Menurut Alia, 25, dia bertolak seawal pukul 7 pagi (waktu tempatan) setiap hari sejak tiga tahun lalu untuk melakukan perjalanan selama dua jam ke tempat pembuangan sampah di Tell Beydar, timur laut Syria bagi mencari makanan dan plastik untuk dijual.
“Orang ramai menghina kami, mereka memanggil kami ‘orang sampah’,” katanya.
“Orang ramai menghina kami, mereka memanggil kami ‘orang sampah’,” katanya.
Dikelilingi oleh sisa busuk dan asap toksik akibat pembakaran sampah, Alia menjelaskan bahawa tempat pembuangan sampah tentera AS adalah satu-satunya sumber makanan dan pendapatan mereka.
“Kami di sini untuk mencari daging dan makanan kerana lapar,” kata anak perempuan Alia, Walaa yang berusia 12 tahun.
“Kami di sini untuk mencari daging dan makanan kerana lapar,” kata anak perempuan Alia, Walaa yang berusia 12 tahun.
Pada 2022, Syria menyaksikan krisis ekonomi paling teruk sejak konflik bermula pada 2011 yang berpunca daripada krisis ekonomi di negara jiran iaitu Turkiye dan Lebanon, pandemik Covid-19, sekatan, kemarau teruk dan perang di Ukraine.
Kira-kira 90 peratus rakyat Syria hidup di bawah paras kemiskinan dan sekurang-kurangnya 12 juta daripada 16 juta penduduk negara itu tiada makanan, demikian menurut Program Makanan Sedunia (WFP). Lebih 600,000 kanak-kanak pula mengalami kekurangan zat makanan kronik.
Sementara itu, Badan Penyiaran Britain (BBC) turut menemu ramah seorang lagi kanak-kanak, Amer, 15, yang menjumpai sisa-sisa kepingan ayam dan dengan gembira menghisap tulangnya sambil mencari lebih banyak lagi.
Amer ialah satu-satunya pencari nafkah dalam keluarganya yang terdiri daripada 11 orang dan memperoleh antara £0.80 hingga £1.60 (RM4.20 hingga RM8.40) sehari dengan menjual plastik yang ditemuinya.
“Apabila melangkah ke tahun 2023, rakyat Syria kekal terperangkap dalam krisis kemanusiaan, politik, ketenteraan, keselamatan, ekonomi dan hak asasi manusia yang sangat rumit dengan skala yang tidak dapat dibayangkan,” kata Duta Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk Syria, Geir Pedersen.

Kebanyakan penduduk di timur laut Syria (tempat tinggal Alia dan Amer), bergantung pada bantuan kemanusiaan untuk terus hidup tetapi kekangan pembiayaan dan logistik yang semakin berkurangan mengakibatkan bantuan tidak sampai kepada mereka yang memerlukan.
Sumber berita : Kosmo
© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve