RAKYAT MALAYSIA BANGKIT UNTUK GAZA

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
12 August, 2025

Ribuan rakyat Malaysia telah hadir ke Dataran Merdeka, Kuala Lumpur bersama-sama menzahirkan solidariti kemanusiaan untuk Gaza pada 9 Ogos 2025. Kali ini, Malaysia telah benar-benar bangkit untuk Gaza.

Bermula jam 4 petang, peserta Himpunan Bangkit Untuk Gaza (MR4G) mula memenuhi Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Himpunan kali ini disertai oleh seluruh rakyat Malaysia bukan sahaja dari Lembah Klang bahkan dari Utara, Pantai Timur dan Selatan semenanjung Malaysia.

Menjelang Maghrib ribuan jemaah merapatkan saf diimamkan oleh Naib Presiden 2 Haluan, Ustaz Ashrof dan telah bermunajat memohon pertolongan dan rahmat dari Allah agar pintu sempadan Gaza kembali dibuka agar bantuan dapat dihantar dan genosid ke atas Gaza dihentikan segera.


© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia