Pusat Islam MCM Ditubuhkan di Poland
Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
18 October, 2022
Bumi Poland memiliki kurang daripada satu peratus umat Islam yang mana segala aktiviti dan tempat kemudahan beribadah serta pendidikan sangat terhad. Justeru, pastinya mereka memerlukan satu pusat komuniti sebagai lokasi untuk menjalankan aktiviti berkaitan Islam.
Terpanggil untuk membantu saudara Islam yang sedang melalui saat sukar itu, Muslim Care Malaysia Society (MCM) mengambil inisiatif membangunkan pusat komuniti yang dapat memenuhi keperluan pelarian Chechnya, pelarian muslim Ukrain serta umat Islam di Poland.
Presiden MCM, Tuan Hj Zulkifli Wahijan dan En. Ahmad Safwan , Setiausaha MCM sedang berada di Poland bersama 2 orang peguam bagi melestarikan misi dakwah di sana.
Muslim Care Malaysia dengan kerjasama Muslim Care Eropah menubuhkan Pusat Islam bermula tahun 2016 yang dijadikan 'one stop center' untuk umat Islam di sana.
Bangunan ini disiapkan untuk dijadikan masjid untuk beribadah, tempat pertemuan umat Islam, pusat didikan kanak-kanak, pusat pembelajaran Al-Quran serta hab makanan halal.
Terima kasih kepada semua yang telah menyertai projek wakaf Pusat Islam di Poland.
Sedekah itu walaupun sedikit, tetapi mampu menjauhkan kita dari api neraka. Semakin banyak sedekah, semakin jauh kita darinya.
Hadis daripada Aisyah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda:
اتقوا النارَ ولو بشقِّ تمرةٍ
Yang bermaksud:“Jauhilah api neraka, walau hanya dengan bersedekah sebiji kurma.”
(Riwayat Ahmad)
Semoga wakaf yang dilakukan dinilai sebagai ibadah dan menjadi asbab masuk ke syurga.
Insya-Allah.
Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia Society.
Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan,
Tepat pada sasaran.
Tepat pada waktunya.
© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve