PUSAT ISLAM BRAZIL 70% SEDIA DIGUNAKAN

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
28 April, 2025

Selepas beberapa rundingan dan perjanjian, akhirnya bangunan gereja yang sudah 8 tahun tidak digunakan berjaya kita beli dan jadikan Pusat Islam MCM di Brazil.

Satu kunjungan khas untuk memastikan kerja-kerja membaik pulih dan menambah baik bangunan sebelum sedia digunakan sepenuhnya telah dilakukan dan diwakili oleh Setiausaha Agung Muslim Care Malaysia (MCM), Ahmad Safuan Ujar bersama rakan kolobrasi bagi misi kali ini iaitu Pertubuhan Lestari Pembangunan Ummah Malaysia pada 27 Mac 2025.

Lokasi bangunan yang terletak berhampiran bandar Imbituba, Brazil menjadikan Pusat Islam ini mudah diakses oleh penduduk tempatan dan umat Islam yang mahukan kelas agama seperti kelas Al-Quran, fardhu ain dan sebagainya.

Terima kasih diucapkan kepada semua penyumbang MCM yang sentiasa bermurah hati dan bersemangat dalam usaha menyebarluaskan dakwah Islam.

Mudah-mudahan setiap sen jariah yang disalurkan untuk pembangunan Pusat Islam ini akan menjadi jambatan Tuan Puan semua menuju ke syurga yang indah.

Teruskan bersama Muslim Care Malaysia.

Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan.

Tepat Pada Masanya.

Tepat Pada Sasaran.

© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia