PRESIDEN MUSLIM CARE ISLAMKAN DUA REMAJA ORANG ASAL

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
22 August, 2023

Tidak terungkap dengan kata-kata, betapa gembiranya rasa hati apabila setiap kali misi ada yang mengkhabarkan kesediaan untuk memeluk Islam.

Islam merupakan agama atau sistem hidup yang menyeluruh atau disebut juga dengan istilahnya syumul.

Islam adalah satu sistem hidup yang lengkap iaitu setiap aturan berkaitan dengan semua aspek dan bidang kehidupan umat manusia, daripada sebesar-besar perkara hinggalah sekecil-kecilnya.

Kesyumulan Islam inilah yang seringkali menjentik hati ramai orang untuk terus menjadikan Islam sebagai pegangan hidup.

فو اللَّهِ لأنْ يهْدِيَ اللَّه بِكَ رجُلًا واحِدًا خَيْرٌ لكَ من حُمْرِ النَّعم

Maksudnya: Maka demi Allah, bahawa Allah memberi hidayat kepada seorang lelaki dengan sebab kamu, makanya lebih baik bagi kamu daripada unta yang terbaik.

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Dalam Misi Dakwah dan Kebajikan di Tasik Banding, Gerik pada 19 Ogos baru-baru ini, Presiden Muslim Care Malaysia (MCM), Tuan Haji Zulkifli Wahijan telah membimbing 2 orang

remaja perempuan untuk melafazkan syahadah dan sekaligus memeluk Islam.

Insya-Allah ini ialah permulaan yang baik buat Noraini dan Noradila. Semoga hidup mereka lebih baik dengan pedoman Islam. Amin.

Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia.

Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan.

Tepat pada sasaran.

Tepat pada waktunya.




© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia