PRESIDEN MCM KONGSI INFO PALESTIN DI TV9 (VIDEO)

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
17 September, 2024

Biarpun masa yang diberi sangat terhad iaitu cuma kira-kira 12 minit, namun ia berjaya dimanfaatkan sepenuhnya oleh Presiden Muslim Care Malaysia (MCM), Tuan Haji Zulkifli Wahijah untuk berkongsi perkembangan terkini di Palestin ketika menjadi tetamu rancangan Nasi Lemak Kopi O (NLKO) di stesen televisyen TV9 pada 13 September 2024.

Antara yang diketengahkan Haji Zulkifli ialah pengeboman di Kem al-Mawasi oleh tentera Zionis laknatullah dengan menggunakan peluru berpandu seberat 2,000 paun, mengakibatkan 40 penghuni dari 20 khemah pelarian syahid dan 65 lagi cedera. Kesan serangan itu amat dahsyat apabila terbentuk kawah sedalam sembilan meter di lokasi kejadian.

Beliau turut berkongsi dengan penonton mengenai sumbangan dilakukan MCM melalui wakil di Gaza iaitu Ahmad Abu Ayesh selaku Pengerusi MCM Palestin yang setiap hari turun ke lapangan untuk menghulurkan bantuan melalui wang sumbangan rakyat Malaysia melalui MCM.

Sejak hari ketiga peperangan lagi Abu Ayesh melakukan pelbagai aktiviti kepada penduduk Gaza yang kini menjadi pelarian di dalam negara. Antaranya ialah menyediakan masakan panas, membekalkan air bersih, sumbangan ubat-ubatan dan lampin pakai buang, bekalan panel solar untuk mendapatkan elektrik, membina dua surau di kem pelarian dan mengagihkan bekalan alat tulis untuk kanak-kanak melakukan aktiviti pembelajaran di khemah pelarian.







© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia