PONDOK PASIR TUMBOH SUMBANG RM22,400 KEPADA TABUNG BAHU UNTUK GAZA
Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
23 November, 2025
Sejumlah RM22,400 disumbangkan oleh Pondok Pasir Tumboh, Kota Bharu, Kelantan untuk Tabung Bahu Untuk Gaza yang dikelolakan Muslim Care Malaysia (MCM).
Sumbangan disampaikan Mudir, Ustaz Haji Abdul Halim Derani yang menyumbangkan RM20,000 secara peribadi manakala bakinya hasil sumbangan warga Pondok.
Sumbangan diterima Presiden MCM, Haji Zulkifli Wahijan selepas menyampaikan ceramah situasi terkini di Gaza kepada kira-kira 100 penghuni pondok warga emas Pondok Pasir Tumboh pada 20 November 2025.
Sebelum itu, Haji Zulkifli bersama Setiausaha Agung MCM, Ahmad Safuan Ujar dan Bendahari MCM Ustaz Ahmad Shukri Ismail turut mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Persatuan Pondok Negeri Kelantan, Tuan Guru Baba Haji Wan Rosli Wan Ibrahim
Hadir sama, Setiausaha Agung Pondok Pasir Tumboh, Ustaz Ahmad Shairizi Atiqullah
Dalam pertemuan itu Baba Haji Wan Rosli memberikan komitmen Persatuan Pondok Negeri Kelantan yang menaungi 50 pondok dengan hampir 4,000 pelajar di negeri itu akan memainkan peranan lebih aktif dalam membantu rakyat Palestin di Gaza.
Beliau berkata, selain menggerakkan usaha mengumpul dana, persatuan juga amat berminat untuk menyertai bmisi MCM menyalurkan bantuan untuk penduduk Gaza melalui Mesir.
Muslim Care Malaysia Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan, Tepat Pada Waktunya Tepat Pada Sasaran.