PKU AMANAHKAN RM 1 JUTA KEPADA MCM UNTUK PALESTIN

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
12 November, 2023

Pertubuhan Khidmat Ummah (PKU) yang dipengerusikan pendakwah Ustaz Wadi Annuar menyalurkan sumbangan sebanyak RM1 juta kepada Muslim Care Malaysia (MCM) sebagai komitmen bantuan kepada rakyat Palestin di Gaza yang sengsara akibat peperangan dengan Israel.

Menerusi sumbangan itu, MCM sudah mengumpulkan kira-kira RM3 juta setakat ini hasil sumbangan pelbagai pihak termasuk orang perseorangan, rakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan sumbangan daripada surau, masjid, sekolah serta agensi kerajaan dan swasta.

Sudah lebih RM1 juta Muslim Care Malaysia hantar kepada MCM Palestin dan wang itu digunakan untuk bantuan makanan kepada penduduk sekitar Gaza.

Sejak hari keempat perang hingga kini, saudara Ahmed Abu Ayesh, Pengerusi Muslim Care Malaysia-Palestin dan pasukannya tidak berhenti memasak sendiri makanan dan mengedarkannya kepada penduduk yang memerlukan.

Terbaru, MCM mensasarkan untuk membelikan 5 buah ambulans bagi menampung keperluan ambulans di sana. Menurut Sumber lebih daripada 30 buah ambulans telah dibedil bom dan rosak teruk.

Mudah-mudahan setiap jariah dan sumbangan yang dihulurkan oleh Tuan Puan yang budiman akan dinilai sebagai ibadah yang berpanjangan.

Amin.

Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia.

Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan.

Tepat pada waktunya.

Tepat pada sasaran.



© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia