PHARMANIAGA SUMBANG UBAT UNTUK ORANG ASLI

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
19 December, 2023

Alhamdulillah, Muslim Care Malaysia telah menerima sumbangan Vitamin C dan ubat habatus sauda jenama Barakat daripada Pharmaniaga Logistic Sdn Bhd pada 14 Disember 2023.

Sumbangan itu akan dimanfaatkan untuk diagihkan kepada penduduk Kampung Orang Asli di beberapa lokasi dalam program akan datang.

Semoga sumbangan ini akan memberi manfaat kepada banyak pihak. Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada yang menyumbang.


© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia