PGPF SALUR SUMBANGAN PALESTIN MELALUI MUSLIM CARE MALAYSIA.

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
1 April, 2024

Palestin terus menjadi perhatian dunia. Bantuan diusahakan dari kiri dan kanan, atas dan bawah walau dihalang sekuat mana pun. Selagi terdaya kita usahakan.

Terima kasih kepada Perdana Global Peace Foundation (PGPF) yang telah mempercayai Muslim Care Malaysia (MCM) dan menyampaikan bantuan khusus kepada saudara kita di Palestin.

Semenjak perang tercetus mulai bulan Oktober 2023 hingga hari ni PGPF telah menyalurkan lebih RM200,000 menerusi Muslim Care Malaysia bagi menyampaikan pelbagai bantuan ke dalam Gaza.

Sumbangan daripada PGPF kali ini berjumlah RM35,000. Cek telah diserahkan oleh Pengerusi PGPF Tan Sri Norian Mai yang juga mantan Ketua Polis Negara kepada Timbalan Presiden MCM Tuan Hj Johari Ismail.

Sehingga hari ini MCM terus terhutang budi kepada Pengerusi Muslim Care Malaysia-Palestin, Ahmed Abu Ayesh yang sentiasa kuat semangat berusaha membantu seramai mungkin di sana.

Kami mohon kepada semua untuk terus doakan keselamatan pasukan Muslim Care Malaysia-Palestin dan seluruh rakyat Palestin.

Semoga semua ini akan tamat segera dan kemenangan untuk Palestin.

Amin.

Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia.

Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan.

Tepat pada waktunya.

Tepat pada sasaran.



© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia