
PESERTA ‘ MALAYSIAAID2SYRIA’ BERLEPAS KE DAMSYIK (VIDEO)
Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
5 February, 2025
Kumpulan pertama peserta misi bantuan ‘MalaysiaAid2Syria’ berlepas ke Damsyik, dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada jam 2 pagi Ahad, 19 Januari 2025.
Kumpulan pertama itu membabitkan 13 peserta manakala dua kumpulan lagi membabitkan 15 peserta dijadual bertolak pada jam 9 dan 10 pagi hari yang sama.
Keseluruhan 28 peserta misi itu antara yang terbesar pernah dianjurkan Muslim Care Malaysia (MCM).
Kali ini, misi turut disertai tiga rakan NGO iaitu Cinta Gaza Malaysia (CGM), Muslim Volunteer Malaysia (MVM) dan Harmoni Prihatin Malaysia (HPM).
Turut serta ialah dua doktor yang juga pasangan suami isteri, Dr Naveen dan Dr Shaliza serta pelakon Wan Sharmila.
Kumpulan pertama misi diketuai Presiden MCM, Tuan Haji Zulkifli Wahijan dan bersama beliau ialah Ketua Pegawai Eksekutif CGM, Nadir Al-Nuri Kamaruzzaman dan Ahli Lembaga Pengarah MVM, Puan Noorazian Ghazali.
Misi MalaysiaAid2Syria akan mengambil masa 11 hari dengan program sumbangan pek makanan, bantuan pakaian musim sejuk dan pemeriksaan kesihatan di Damsyik, Aleppo, Hama dan Homs.