PERTEMUAN KEPIMPINAN MCM DAN PERKIM UNTUK RANGKA KERJASAMA
Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
25 June, 2026
Pada pagi tadi, Isnin, 22 Jun, satu pertemuan telah diadakan antara wakil Muslim Care Malaysia Society bersama Naib Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Prof. Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah di pejabat beliau di Kuala Lumpur
Muslim Care Malaysia Society diwakili oleh Haji Zulkifli Wahijan, Presiden MCM, Haji Johari Ismail, Timbalan Presiden MCM, dan Ahmad Safuan Ujar, Setiausaha Agung MCM.
Pertemuan ini membincangkan beberapa agenda penting berkaitan usaha dakwah, khususnya gerak kerja dakwah di Chiang Rai serta perancangan dan pengukuhan usaha-usaha dakwah di pelbagai lokasi lain.
Semoga pertemuan ini menjadi langkah awal kepada kerjasama yang lebih erat dalam memperluas medan dakwah, memperkukuh jaringan ummah dan menyantuni masyarakat yang memerlukan bimbingan serta sokongan.
Muslim Care Malaysia Society
Menyantuni Ummah, Menyebar Rahmah