PERMINTAAN BANTUAN MAKANAN SEMAKIN MENDESAK (VIDEO)

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
14 May, 2024

Biarpun nyawanya sendiri bila-bila masa saja boleh melayang, ibarat telur di hujung tanduk, Pengerusi Muslim Care Malaysia (MCM) Palestine, Ahmed Abu Ayesh tetap istiqomah menunaikan amanah daripada penyumbang di Malaysia.

 Biarpun berdepan pelbagai kesukaran Abu Ayesh komited merakam dan mengedit video memasak serta mengagihkan makanan kepada penduduk Gaza yang dilakukan beliau bersama rakan-rakan.

 Semua itu dilakukan khusus untuk rakyat Malaysia yang memberi sumbangan kepada penduduk Palestin melalui MCM.

 “Permintaan daripada penduduk Gaza terhadap bantuan makanan daripada MCM semakin meningkat kerana pembunuhan beramai-ramai oleh tentera Israel ini masih berterusan dan tiada tanda-tanda untuk berhenti.

 “Jadi, kami di bumi Gaza ini masih memerlukan sokongan dan sumbangan daripada anda rakyat Malayaia. Terima kasih, semoga Allah memberi balasan sebaik-baiknya kepada anda semua,” katanya.

 Perang Israel Palestin kini sudah berlarutan lebih tujuh bulan dengan jumlah kematian rakyat Palestin kini melebihi 35,000, sebahagian besarnya wanita dan kanak-kanak. Teruskan bersama-sama Muslim Care Malaysia. 


Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia. 

Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan. 

Tepat pada waktunya. 

Tepat pada sasaran.




© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia