PERMATA BERTEMU HARAPAN

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
21 July, 2025

Muslim Care Malaysia (MCM) berbesar hati menerima kunjungan daripada Yayasan Permata Ummah di pejabat utama MCM semalam, 16 Julai 2025.

Kehadiran ini bukan sekadar ziarah hormat, tetapi membuka ruang kepada perbincangan yang bermakna antara dua entiti yang berkongsi visi sama iaitu membentuk generasi berilmu dan berakhlak.

Dalam sesi penuh mesra ini, kedua-dua pihak berkongsi pandangan serta meneroka potensi kolaborasi program pendidikan yang mampu memberi manfaat kepada masyarakat, khususnya golongan yang memerlukan. Seperti pepatah Melayu menyebut, "berat sama dipikul, ringan sama dijinjing", usaha yang digerakkan bersama pasti akan lebih berdaya tahan dan memberi impak yang lebih besar.

MCM percaya, gabungan kekuatan dan kepakaran antara NGO mampu membuka jalan kepada perubahan yang lebih lestari dalam dunia pendidikan. Semoga pertemuan ini menjadi titik mula kepada kerjasama yang berpanjangan dan diberkati Ilahi.

Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia.

Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan.

Tepat Pada Waktu.

Tepat Pada Sasaran.


© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia