PERLIS BERDUKA, MUSLIM CARE MALAYSIA HADIR MENGHULUR HARAPAN
Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
4 December, 2025
Hari ini kami melihat Perlis benar-benar berduka.
Kami dari Muslim Care turun ke lapangan dan pemandangan yang menyambut kami terlalu berat untuk digambarkan.
Kampung yang biasanya tenang kini tenggelam. Rumah yang dulu jadi tempat berlindung… lenyap ditelan air.
Banjir yang sebelum ini cuma setakat buku lali, hari ini naik sampai bumbung. Ada rumah hanyut, haiwan mati, dan ramai keluarga hilang segala-galanya dalam satu malam.
Kami hanya “postmen kebajikan”, menghantar amanah kebaikan daripada para penyumbang.
Hari ini kami sampaikan:
50 kit ibadah, 50 kit kebersihan, 50 kit ready-to-eat, serta bantuan untuk Dapur Rakyat di beberapa lokasi.
Mudah-mudahan sedikit ini membawa lega kepada mereka yang diuji begitu berat.
Terima kasih kepada semua penyumbang Muslim Care Malaysia.
Kebaikan kalianlah yang menggerakkan semua ini. Kami hanya menyampaikan, tetapi kalianlah sebenar-benar tuan rumah kepada pahala dan harapan yang sedang mereka terima.
Semoga Allah membalas setiap ringgit, setiap doa, dan setiap niat baik kalian.