PERKONGSIAN KISAH BELUM TERUNGKAP GLOBAL SUMUD FLOTILLA
Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
29 October, 2025
Kita seharusnya berasa malu apabila orang bukan Islam di Eropah lebih komited dan bersungguh-sungguh untuk membantu saudara kita di Gaza.
Justeru, umat Islam di Malaysia perlu lebih agresif untuk menunaikan tanggungjawab mereka supaya tidak dimurkai Allah SWT di akhirat kelak.
Itulah mesej dan rumusan sesi perkongsian pengalaman empat peserta Global Sumud Flotilla (GSF) dalam program sembang santai bertajuk Kisah Belum Terungkap sempena Himpunan Malam Palestin: Bahu Untuk Gaza di Stadium Tertutup Kuala Terengganu pada 25 Oktober 2025.
Empat peserta itu ialah Setiausaha Agung Muslim Care Malaysia (MCM), Ahmad Safuan Ujar; Pengarah Media MCM Tuan Asri Tuan Hussein, pendakwah tempatan, Ustaz Muhammad Abdullah atau lebih mesra dengan panggilan Ustaz Mad Kecik serta pakar bot, Asmawi Mukhtar.
Sesi bual bicara selama lebih satu jam itu dikendalikan exco MCM Ustaz Muaz Hassan selaku moderator dan dihadiri lebih 700 penonton termasuk dari luar Terengganu.
“Tidak sempurna iman kita kalau kita tak bersungguh-sungguh membantu saudara kita yang sudah lebih dua tahun dizalimi Zionis laknatullah di Gaza.
“Antara yang boleh kita buat ialah boikot barangan dikeluarkan syarikat yang memberi dana kepada Israel. Kalau orang Eropah boleh bersungguh-sungguh boikot, kenapa kita orang Islam tak boikot?” kata Ustaz Mad Kecik.
Ayuh sama-sama memberi sumbangan untuk membantu rakyat Palestin melalui:
Maybank: 564490413882
Nama Akaun: Muslim Care Malaysia Society
Rujukan: BAHUUNTUKGAZA
Ingat sedekah jariah,Ingat Muslim Care Malaysia
Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan, Tepas Pada Waktunya, Tepat Pada Sasaran