PERKEMBANGAN TERKINI PEMBINAAN MASJID MUALAF TBHOUNG KHMUM

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
27 July, 2026

Gamba bertarikh 23 Julai ini adalah yang terbaru mengenai perkembangan pembinaan Masjid Mualaf Tboung Khmum di Kemboja. Apabila siap sepenuhnya kelak, ia bakal menyediakan pusat ibadah dan komuniti buat lebih 1,500 saudara baru di wilayah tersebut.

Usaha ini adalah sebahagian daripada misi pembangunan perkampungan mualaf yang turut merangkumi pembelian tanah wakaf, kediaman selamat, serta fasiliti pendidikan agama yang holistik.

Mari bersama-sama merebut peluang pelaburan akhirat dengan menyumbang ke Tabung Wakaf Pembinaan Masjid Mualaf Tboung Khmum agar pahala terus mengalir atas setiap amal ibadah mereka. Salurkan sumbangan anda melalui Muslim Care Malaysia dan bantu bina masa depan yang lebih kukuh buat saudara seiman kita di sana.

"Sesiapa yang mengajak kepada kebaikan, dia beroleh pahala seperti pahala orang yang mengerjakannya, tanpa dikurangi sedikit pun pahala mereka." (HR Muslim).

© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia