PERKEMAS GERAK KERJA UNTUK HADAPI 2024

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
1 January, 2024

Dr. Muhammad Abu Faris pernah berkata; “Sesungguhnya hijrah adalah sepenting-penting peristiwa dalam tarikh dakwah islamiyah, ini kerana dengannya terbentuklah kuasa bagi umat Islam dalam menyebarkan agamanya serta mempertahankan kemuliaannya.”

Mengambil iktibar dari itu, Muslim Care Malaysia telah berkumpul bersama selama 3 hari 2 malam dan menganalisa setiap yang telah dilakukan seterusnya merangka pelbagai pembaharuan dalam mendepani tahun baharu yang bakal tiba.

Besar harapan semua orang untuk melihat pertubuhan ini terus berkembang baik dan memberi manfaat kepada lebih ramai insan yang memerlukan.

Terima kasih juga kepada semua sukarelawan, rakan kerjasama dan penyumbang yang sentiasa bersama-sama gerak kerja Muslim Care Malaysia sejak dari awal pertubuhannya sehinggalah hari ini.

Teruslah menjadi cahaya yang binar dalam gelap.

Teruslah menjadi inspirasi yang membuat perubahan besar kepada masyarakat di sekeliling kita.

Semoga 2024 akan menjadi tahun yang lebih baik dan membawa sejuta kebaikan lagi.

Dengan bismillah ayuh kita melangkah.

Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia.

Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan.

Tepat pada waktunya.

Tepat pada sasaran.



© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia