PERHIMPUNAN MEGA 4x4 DI 'DRIVE FOR GAZA'
Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
2 February, 2026
Fajar yang menyingsing dan angin laut Kuala Terengganu terasa tenang menyapa pada pagi 31 Januari 2026. Di Dataran Jambatan Angkat, deretan 4x4 berdiri gagah, tersusun kemas menanti pelepasan.
Pagi tadi, team konvoi Drive4Gaza berkumpul dengan satu niat yang sama, solidariti tanpa syarat. Ada yang pasang bendera penuh semangat, ada yang periksa kenderaan, ada yang sempat bergurau kecil sebelum bergerak. Suasana santai, tapi jiwa semua serius dengan tujuan.
Setiap perjalanan hari ini membawa doa. Setiap kibaran bendera membawa mesej, kita tidak pernah diam.Jambatan Angkat menjadi saksi, bahawa dari bumi Terengganu, solidariti terus hidup dan bergerak.
Drive4Gaza bukan sekadar konvoi. Ia tanda kita peduli. Ia bukti kita bersama. Gaza mungkin jauh di peta, tetapi dekat di hati kita
Muslim Care Malaysia
Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan,
Tepat Pada Waktunya, Tepat Pada Sasaran.