PERHIMPUNAN 1,000 PACUAN 4 RODA UNTUK GAZA
Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
19 January, 2026
Muslim Care Malaysia Society dengan kerjasama Drive For Gaza Official, DVAC Official & Kerajaan Negeri Terengganu akan menganjurkan satu Perhimpunan Solidariti dan Konvoi Kenderaan sempena “MISi Drive For Gaza” pada:
Konvoi Drive4Gaza :-
Tarikh: 31 Januari 2026
Lokasi: Sekitar Bandar Kuala Terengganu
Jambori Drive4Gaza :-
Tarikh: 30, 31 Januari & 1 Febuari 2026
Lokasi: JAMBATAN ANGKAT, KUALA TERENGGANU
Program ini mensasarkan penyertaan 1,000 buah kenderaan bagi membentuk konvoi terpanjang sebagai simbol sokongan rakyat Malaysia terhadap rakyat Palestin.
Pelbagai acara menarik juga disediakan sepanjang 3 hari kita berkampung di Kuala Terengganu demi bersolidariti untuk Palestin.
Penyertaan adalah terbuka kepada semua jenis kenderaan termasuk 4x4, motorsikal, lori dan semua model kereta.
JOM! ayuh kita turun beramai-ramai menjayakan program ini dan tunjukkan sokongan anda demi Palestin tercinta.
Pendaftaran boleh dibuat secara dalam talian melalui: