PERASMIAN SURAU KOA GENTES, SUNGAI SIPUT, PERAK
Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
6 November, 2024
Hasil kerjasama pelbagai pihak akhirnya kerja menaik taraf Surau Nurul Hidayah Kampung Orang Asli (KOA) Gentes, Sungai Siput, Perak siap sepenuhnya dan dirasmikan oleh Presiden Muslim Care Malaysia (MCM) Tuan Haji Zulkifli Wahijan pada 27 Oktober 2024.
Pelbagai pihak menghulurkan kerjasama untuk projek menaik taraf itu termasuk MCM, FGV Holdings Berhad yang memberi tajaan RM40,000 dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) A4C dari Pulau Pinang.
Kampung Gentes yang terletak dalam kawasan Pos Piah dihuni kira-kira 200 keluarga yang majoriti beragama Islam dan pembesaran Surau Nurul Hidayah membolehkan penduduknya beribadah serta menjalankan pelbagai aktiviti agama dengan lebih selesa.
© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve