PERASMIAN PROGRAM TV KASIH ASNAF SAJI BERSAMA MUSLIM CARE MALAYSIA

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
17 July, 2024

Muslim Care Malaysia menghadiri Majlis Perasmian Program televisyen Kasih Asnaf Saji Bersama Muslim Care Malaysia di MAEPS Serdang, pada 12 Julai 2024.

Majlis yang dihadiri YBhg. Dato Sri Ahmad Shabery Cheek, Pengerusi Felda, Tan Sri Rastam Mohd Isa, Pengerusi FGV Holdings Bhd, turut serta Naib Presiden Muslim Care Malaysia, Hj Mohd Johari bin Ismail.

Naib Presiden Muslim Care Malaysia, Hj Mohd Johari bin Ismail berkata, kepercayaan yang diberikan oleh FGV kepada Muslim Care Malaysia amatlah dihargai dalam menjayakan program Kasih Asnaf Saji bersama Muslim Care Malaysia sebanyak 10 lokasi yang diziarahi.

"Semoga program ini menjadi pemula untuk kolaborasi pada masa hadapan dengan tujuan untuk menjadi perantaraan kepada kerja-kerja kebajikan dalam kalangan masyarakat." katanya pada Majlis Pelancaran Program Tv di Maeps Serdang.

Nantikan episod seterusnya Kasih Asnaf Saji bersama Muslim Care Malaysia yang akan bersiaran setiap Khamis, 7.30 malam di Astro Oasis.









+3


© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia