PERASMIAN BENGKEL PEMPROSESAN KUNYIT SUNGAI KOYAN (VIDEO)
Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
6 November, 2024
Selepas beberapa siri lawatan, akhirnya alhamdulillah Bengkel Pemprosesan Kunyit Bertang berjaya didirikan untuk manfaat penduduk kampung Sg Koyan.
Idea asal bermula dari dua beradik, Mak Ndak dan Mak Teh yang telah mengusahakan perniagaan berasaskan kunyit.
Kunyit yang umum diketahui hanya digunakan ubinya untuk masakan dan daun untuk aroma masakan, rupa-rupanya mempunyai lebih banyak manfaat yang tidak diketahui umum.
Minyak kunyit, kerepek daun kunyit, serunding kunyit, sabun kunyit, serbuk kunyit dan jamu kunyit antara yang telah diusahakan dua beradik ini.
Tidak berhenti hanya di situ, mereka telah mengajak dan mendorong 15 lagi pengusaha kampung untuk sama-sama menjayakan projek ini.
Muslim Care Malaysia (MCM) memandang tinggi usaha dan semangat penduduk kampung Sg Koyan ini yang berjiwa usahawan dan kental berusaha sehinggakan perusahaan ini turut mendapat perhatian rancangan “Wanita Hari Ini” beberapa bulan lepas.
Didoakan semoga dengan terbinanya bengkel ini, akan menjadi satu lagi daya tarikan baharu buat kampung ini sekaligus menjadikan penduduk kampung ini sebagai usahawan yang berjaya dan kaya seterusnya kembali menyumbang kepada masayarakat yang memerlukan.
Terima kasih yang tidak terhingga juga diucapkan kepada semua penyumbang MCM yang telah sama-sama menjayakan satu lagi projek MCM. Semoga setiap sen yang disumbangkan akan menjadi titian buat Tuan Puan semua berlari menuju ke syurga kelak. Insya-Allah.
Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia.
Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan.
Tepat Pada Masanya
Tepat Pada Sasaran.