PENYEDIAAN INFRASTRUKTUR BEKALAN AIR MASYARAKAT
Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
17 October, 2025
Alhamdulillah, satu lawatan kerja telah diadakan ke tapak Projek Penyediaan Infrastruktur Bekalan Air Masyarakat di Kampung Ulu Tawar, Kulim, Kedah. Lawatan ini diketuai oleh Timbalan Presiden Muslim Care Malaysia (MCM) , Johari Ismail pada 9 Oktober 2025.
Perjalanan menuju ke lokasi amat mencabar. Pasukan MCM perlu meredah trek sukar, mendaki laluan berbukit dan melalui jalan hutan yang sempit.
Lawatan ini bertujuan menilai status kemajuan projek serta mengenal pasti penambahbaikan bagi memastikan sistem bekalan air ini dapat disiapkan dengan baik dan memberi manfaat terus kepada penduduk kampung.
Apa yang dilalui hari ini membuktikan bahawa perjuangan membantu masyarakat tidak hanya berlaku di bilik mesyuarat, tetapi di lapangan sebenar. Cabaran ditempuh dan amanah dilaksanakan dengan penuh keikhlasan, Insya-Allah.
Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia.
Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan.
Tepat Pada Masa.
Tepat Pada Sasaran.