PENGALAMAN BASAH LENCUN TATKALA OMBAK ‘BERGURAU’

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
23 May, 2023
Perjalanan dengan bot yang memakan masa cuma 25 minit dirasakan panjang oleh lima sukarelawan Muslim Care Malaysia (MCM) selepas tubuh melambung dan baju basah lencun apabila ombak ‘bergurau.’
Pengalaman menarik itu dialami ketika mereka menyeberang laut dari Kuala Perlis ke Pulau Panjang, Wilayah Satun, Thailand bagi menghantar 50 pek makanan pada 21 Mei 2023.
Biarpun ombak ketika itu hanya ‘biasa-biasa’ tiupan angin agak kuat ditambah bot dipandu laju, menyebabkan air kerapkali memercik ke dalam bot nelayan berukuran 20 kaki panjang itu, menyebabkan semua di dalamnya kebasahan.
Presiden MCM, Tuan Haji Zulkifli Wahijan berkata penghantaran pek makanan itu ibarat ‘salam perkenalan’ daripada pihaknya untuk lebih mengenali dan menjalin ikatan silaturahim dengan penduduk Pulau Panjang yang semuanya beragama Islam.
“Ada kira-kira 700 penduduk daripada 130 keluarga tinggal di pulau kecil itu. Mereka semua beragama Islam, bertutur Bahasa Melayu dan sebahagian besarnya bekerja sebagai nelayan,” katanya.
Biarpun jumlah penduduk Pulau Panjang tidak ramai, Alhamdulillah mereka disediakan kemudahan masjid, sekolah rendah dan klinik oleh kerajaan, selain bekalan elektrik.
Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia.
Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan,
Tepat Pada Sasaran, Tepat Pada Masanya
 
© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia